|
Jawatan Kosong
Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
JAWATAN AKADEMIK |
BIL |
NAMA JAWATAN |
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
GRED |
1. |
PROFESOR |
Perkhidmatan Pendidikan |
KHAS C (VK7) |
2. |
PROFESOR MADYA |
Perkhidmatan Pendidikan |
DS 53 |
3. |
PENSYARAH |
Perkhidmatan Pendidikan |
DS 45 |
4. |
PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL |
Perkhidmatan Kejuruteraan |
J41 |
5. |
GURU BAHASA |
Perkhidmatan Pendidikan |
DG 41 |
1. Jawatan : PROFESOR
Bidang :
Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan
Gred Khas : C (VK7)
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
RM 6135.80 |
RM 6728.70 |
RM 7115.90 |
RM 7394.20 |
RM 7672.50 |
Syarat Lantikan :
-
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-
Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; DAN
Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Profesor Madya, sekurang-kurangnya 5 tahun.
2. Jawatan : PROFESOR MADYA
Bidang :
Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan
GRED : DS 53
P1T1 RM4210.46 - |
P1T10 RM5910.51 |
P2T1 RM4398.01 - |
P2T10 RM6188.81 |
P3T1 RM4592.82 - |
P3T10 RM6476.79 |
Syarat Lantikan :
-
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: P1T1); DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
-
Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; DAN
Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Pensyarah Universiti (DS45) serta telah disahkan dalam perkhidmatan.
3. PENSYARAH
Bidang :
Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan
GRED : DS 45
P1T1 RM2213.96 - |
P1T21 RM4769.48 |
P2T1 RM2297.45 - |
P2T21 RM5033.26 |
P3T1 RM2384.57 - |
P3T21 RM5316.40 |
Syarat Lantikan :
-
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: P1T1); ATAU
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: P1T4); DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon-calon yang mempunyai pengalaman dengan sektor industri, adalah digalakkan memohon.
4. PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
Bidang :
Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Rangkaian Komputer, Kejuruteraan Elektronik, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Sistem Perhubungan, Kejuruteraan Bahan.
GRED : J 41
P1T1 RM1815.87 - |
P1T23 RM4105.19 |
P2T1 RM1899.36 - |
P2T23 RM4361.71 |
P3T1 RM1986.48 - |
P3T23 RM4614.60 |
Syarat Lantikan :
-
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon-calon yang mempunyai pengalaman dengan sektor industri adalah digalakkan memohon.
5. GURU BAHASA
Bidang :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris.
GRED : DG 41
P1T1 RM1474.65 - |
P1T27 RM4039.85 |
P2T1 RM1556.93 - |
P2T27 RM4281.85 |
P3T1 RM1642.84 - |
P3T27 RM4544.42 |
Syarat Lantikan :
Ijazah Sarjana Muda Kepujian dengan CPA >2.75 atau lebih dalam bidang-bidang berkaitan dari Universiti-Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KEMUDAHAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN LAIN
GRED JAWATAN |
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (RM) |
IMBUHAN TETAP KERAIAN (RM) |
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (RM) |
Khas C (VK7) |
1300.00 |
2150.00 |
- |
DS53 |
900.00 |
800.00 |
- |
DS45 |
700.00 |
- |
170.00 |
41 |
210.00 |
- |
170.00 |
SYARAT-SYARAT UMUM
A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :
Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU
lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN
memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
B. TARAF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara TETAP kecuali jawatan TUTOR adalah bertaraf SEMENTARA.
KUKUM berhak melantik warganegara Malaysia secara KONTRAK atau SEMENTARA bagi mana-mana jawatan di atas.
C. KEWARGANEGARAAN DAN UMUR
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
D. TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
E. PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI
Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.
F. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Pihak Berkuasa Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
G. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA-CARA MEMOHON:
Borang permohonan boleh didapati :-
Dengan datang mengambilnya sendiri di
KAUNTER TELEFONIS
KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA
ARAS BAWAH, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR
PERLIS
ATAU
Dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm, bersetem 50 sen dan beralamat sendiri kepada :
UNIT PERJAWATAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA
TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR
PERLIS
( Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat )
ATAU
Melalui Laman Web KUKUM : www.kukum.edu.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Jawatan Akademik : TERBUKA
KEPUTUSAN :
Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
BORANG PERMOHONAN :
Klik untuk Borang Permohonan >>
Borang.pdf
Borang.doc
- PENDAFTAR -
|