| FAQ  | Weblinks  | SiteMap |

 
 
 
  Apa Itu Kejuruteraan Bahan ?

Kejuruteraan Bahan adalah bidang yang memperihalkan pengkajian dan penggunaan prinsip sains bahan supaya bahan boleh direka bentuk menjadi benda atau barangan penting yang diperlukan manusia. Ijazah di dalam bidang kejuruteraan ini juga membuka peluang ke dalam bidang perubatan, undang-undang, perniagaan, dan lain-lain bidang. Saintis bahan dan jurutera bahan akan berkait rapat dengan enam jenis bahan iaitu: bahan-bio, seramik, komposit, bahan elektronik, logam dan polimer.

Kejuruteraan bahan mengaplikasikan prinsip sains dan kejuruteraan untuk memahami sifat-sifat bahan. Disiplin tersebut menjalinkan hubungan di antara kimia moden dengan fizik keadaan pepejal, selain daripada rekaan kejuruteraan dan analisis matematik.

.
 
 
| Privacy Policy, Security Policy, Legal Disclaimer and Copyright | Feedback and Suggestions |
@All Copyright Reserved UniMAP 2009
Rumah Universiti, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Kubang Gajah, 02600 Arau Perlis
Tel : 04-9798289/8297, Fax : 04-9798011, E-mail : pro@unimap.edu.my
Latest Update: NOVEMBER 2009