Perpustakaan

Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis telah ditubuhkan pada tahun 2002 untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi menyokong rancangan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan di Universiti ini. Sebagai sebuah perpustakaan akademik dalam bidang kejuruteraan, perpustakaan berazam manjadi pusat sumber ilmu yang bergerak maju selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat pada masa ini.  Berkonsepkan Perpustakaan hibrid, ia menawarkan koleksi dalam pelbagai format meliputi bahan bercetak, mikro dan elektronik. Perpustakaan UniMAP memanfaatkan kepesatan dan perkembangan teknologi maklumat untuk meningkatkan keberkesanan capaian kepada maklumat oleh warga kampus.

Misi

Memenuhi keperluan warga kampus untukmelaksanakan aktiviti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan, pembangunan profesionalisme dan pembelajaran sepanjang hayat melalui :

  • Sumber maklumat kualiti
  • Perkhidmatan mesra pelanggan
  • Keberkesanan capaian kepada maklumat
  • Kemudahan dan teknologi terkini

Objektif

  • Menyediakan koleksi, perkhidmatan dan kemudahan berkualiti untuk memenuhi keperluan maklumat pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan, pembangunan profesionalisme dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Memperolehi, mendokumentasi, menyelenggara dan memelihara bahan ilmiah dalam pelbagai bentuk dan format untuk tujuan penyimpanan serta perolehan semula maklumat.
  • Menawarkan perkhidmatan capaian kepada meklumat.
  • Meluaskan perkhidmatan maklumat kepda masyarakat luar terutama kepada sektor perindustrian.
  • Menyertai projek kerjasama dan perkongsian sumber di peringkat negeri, wlayah dan nasional untuk memperkaya  sumber maklumat dalam bidang pengajian yang ditawarkan.

Laman Web Perpustakaan UniMAP : http://mylib.unimap.edu.my